Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2020Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan Pelesenan

17. Penggantungan atau pembatalan lesen

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, menggantung atau membatalkan suatu lesen di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

(a)

pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini;

(b)

pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen itu;

(c)

pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(d)

seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau

(e)

telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak pemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen di bawah Akta ini.

(2)

Sebelum Menteri membuat keputusan di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah memberi pemegang lesen itu—

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat Menteri untuk menggantung atau membatalkan lesen; dan

(b)

suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.

(3)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Menteri hendaklah, selepas menimbang apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk menggantung atau membatalkan lesen itu atau tidak.

Perkhidmatan Pos 27

(4)

Suruhanjaya hendaklah memberi pemegang lesen itu suatu notis bertulis mengenai keputusan Menteri di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(5)

Pemegang lesen itu tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan daripada Menteri atau Suruhanjaya jika lesen itu digantung atau dibatalkan mengikut subseksyen (1).

Report

Bahagian V

Peruntukan Berhubung Dengan Pemegang Lesen Perkhidmatan Sejagat

Bahagian VI

Terma dan Syarat Am Perkhidmatan Pos

Bahagian VII

Perkhidmatan yang Lain

Bahagian VIII

Pengawalseliaan Kadar

Bahagian IX

Amalan Persaingan Am

Bahagian X

Pelindungan Pengguna

Bahagian XI

Sistem Poskod dan Pengalamatan Serta Pengenal Pasti Pos

Bahagian XII

Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian XIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIV

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XV

Bahagian XVI

Perkara Kepentingan Negara

Bahagian XVII

Kecualian dan Peralihan

Schedules