Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian IV · Peruntukan Pelesenan
22. Kesan pembatalan, penyerahan atau tidak memperbaharui lesen
Feedback & supportJika penggantungan dan pembatalan suatu lesen di bawah seksyen 17 atau penyerahan suatu lesen di bawah seksyen 20 telah berkuat kuasa atau jika lesen itu tidak diperbaharui di bawah seksyen 21, pemegang lesen itu hendaklah dengan segera terhenti untuk menyediakan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh membenarkan pemegang lesen itu secara bertulis untuk terus menyediakan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan bagi apa-apa jangka masa dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud menggulungkan hal ehwal pemegang lesen itu.
Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau
Perkhidmatan Pos 31
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.