Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian IV · Peruntukan Pelesenan
18. Tarikh kuat kuasa penggantungan atau pembatalan lesen
Feedback & supportPenggantungan atau pembatalan suatu lesen di bawah seksyen 17
hendaklah berkuat kuasa pada—
(a)
suatu tarikh yang dinyatakan oleh Menteri dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen 17(4); atau
(b)
jika tiada tarikh dinyatakan dalam notis bertulis yang diberi di bawah subseksyen 17(4), apabila tamatnya tiga puluh hari dari tarikh notis itu disampaikan kepada pemegang lesen itu.