Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2020Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan Pelesenan

21. Pembaharuan lesen

Feedback & support
(1)

Pemegang lesen boleh memohon untuk membaharui lesennya dalam tempoh selewat-lewatnya enam bulan sebelum tarikh luput.

(2)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membaharui suatu lesen yang sedia ada kecuali dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini;

(b)

pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen itu;

(c)

pemegang lesen itu telah mendapatkan lesen itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;

Perkhidmatan Pos 29

(d)

pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(e)

seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau

(f)

telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak pemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen di bawah Akta ini.

(3)

Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen itu untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan itu dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), jika maklumat atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (3) tidak diberi oleh pemegang lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberi oleh Suruhanjaya, Menteri boleh menolak untuk membaharui lesen itu.

(5)

Jika Menteri enggan membaharui lesen itu, Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemegang lesen itu melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keengganan

Menteri untuk membaharui lesen itu.

(6)

Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen peluang untuk membuat penghujahan bertulis kepada Menteri dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari.

(7)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (6), Menteri hendaklah, selepas menimbang apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

mengambil kira sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk membaharui lesen itu atau tidak.

(8)

Jika Menteri memutuskan untuk tidak membaharui lesen itu,

Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keputusan Menteri dan hendaklah menyiarkan keputusan itu dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian kebangsaan yang satunya berbahasa kebangsaan dan satu lagi berbahasa Inggeris untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

(9)

Apa-apa kelengahan atau kegagalan untuk menyiarkan notis yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dalam apa-apa cara pun menjejaskan kesahan keputusan Menteri untuk tidak memperbaharui lesen itu.

(10)

Menteri dan Suruhanjaya tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada atau yang disebabkan oleh penyiaran notis yang disebut dalam subseksyen (8).

Report

Bahagian V

Peruntukan Berhubung Dengan Pemegang Lesen Perkhidmatan Sejagat

Bahagian VI

Terma dan Syarat Am Perkhidmatan Pos

Bahagian VII

Perkhidmatan yang Lain

Bahagian VIII

Pengawalseliaan Kadar

Bahagian IX

Amalan Persaingan Am

Bahagian X

Pelindungan Pengguna

Bahagian XI

Sistem Poskod dan Pengalamatan Serta Pengenal Pasti Pos

Bahagian XII

Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian XIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIV

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XV

Bahagian XVI

Perkara Kepentingan Negara

Bahagian XVII

Kecualian dan Peralihan

Schedules