Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XIV · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
72. Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen
Feedback & supportSuruhanjaya boleh mengambil dan memegang simpan dengan seberapa lama yang perlu milikan mana-mana dokumen yang diperoleh di bawah Bab ini.
Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakukan oleh Suruhanjaya sebagai suatu salinan benar dokumen itu.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan terperaku bagi dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.
Sehingga suatu salinan terperaku bagi dokumen itu dibekalkan,
Suruhanjaya hendaklah, pada bila-bila masa dan di tempat yang disifatkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau orang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan.