Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2020Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

88. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang pegawai yang diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai bukti.

(2)

Jika mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai yang diberi kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.

(4)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau yang diliputi oleh seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta

Keterangan 1950.

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan—

(a)

pembuatan; atau

(b)

kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai yang diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah

Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Pegawai yang diberi kuasa hendaklah menyempurnakan penyiasatan dan menyerahkannya kepada polis

Report

Bahagian XV

Bahagian XVI

Perkara Kepentingan Negara

Bahagian XVII

Kecualian dan Peralihan

Schedules