Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XIV · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
78. Kuasa penyiasatan
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu untuk menjalankan sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini.
(2)
Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh menyiasat aktiviti pemegang lesen atau orang lain yang penting bagi pematuhannya kepada Akta ini.
(3)
Dalam apa-apa hal berhubung dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan sesuatu penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh ditangkap yang dibenarkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].