Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XIV · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
79. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
Feedback & supportJika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada seseorang pegawai yang diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan di mana-mana premis, atau bahawa apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penjalanan sesuatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan yang mungkin berada di dalam mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang dinamakan dalamnya, untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan untuk menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan—
Perkhidmatan Pos 61
apa-apa buku, rekod, akaun, atau dokumen lain termasuklah data berkomputer yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk melaksanakan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan;
pa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau secara tidak langsung menyatakan bahawa orang itu mempunyai suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau
apa-apa dokumen, kelengkapan, peralatan atau barang yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Seorang pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
Seorang pegawai yang diberi kuasa boleh menahan mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis yang digeledah di bawah subseksyen (3) sehingga penggeledahan itu selesai.
Seorang pegawai yang diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milikan dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu yang dipakai oleh orang itu, dan apa-apa benda lain yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita di bawah seksyen ini tidak praktik untuk dilaksanakan, pegawai yang diberi kuasa hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (7) atau memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.