Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XIV · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
85. Kuasa tambahan
Feedback & supportSeseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
menghendaki pengemukaan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disimpan oleh pemegang lesen atau orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;
menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini; dan
membuat apa-apa inkuiri yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.