Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2020Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

84. Pelepasan buku, rekod, akaun, dokumen, dsb., yang disita

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara telah disita di bawah Akta ini, pegawai yang diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian tiada pegawai yang diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, mahu pun Kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan

Persekutuan atau Suruhanjaya boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu telah dibuat dengan suci hati.

Perkhidmatan Pos 67

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa yang membuat pelepasan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada

Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Report

Bahagian XV

Bahagian XVI

Perkara Kepentingan Negara

Bahagian XVII

Kecualian dan Peralihan

Schedules