Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XIV · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
86. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Feedback & supportSeorang pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui arahan bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang ternyata kepada pegawai yang diberi kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai yang diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang
Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1).