Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XIV · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
97. Persubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan
Feedback & supportSeseorang yang bersubahat dalam perlakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau sebagai pelanjutan kepada perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.