Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian XII
72. Memberi maklumat tidak betul yang berhubungan dengan tanggungan terhadap cukai perkhidmatan
Feedback & supportTanpa menjejaskan apa-apa tanggungan lain yang dilakukan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara yang
Cukai Perkhidmatan 101
memberi kesan ke atas tanggungannya sendiri terhadap cukai perkhidmatan atau tanggungan mana-mana orang lain terhadap cukai perkhidmatan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.