Skip to content

Seksyen 84

Orang berdaftar hendaklah mengemukakan perakuan audit

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 110 of 124
Seksyen 84
(1)

Ketua Pengarah boleh menghendaki orang berdaftar untuk mengemukakan suatu perakuan audit setiap tahun, yang ditandatangani oleh seorang akauntan awam yang bukan dalam penggajian orang berdaftar itu, berhubung dengan rekod yang dikehendaki untuk disimpan oleh orang berdaftar itu di bawah seksyen 24 berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar itu.

(2)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Cukai perkhidmatan, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb.