Skip to content

Seksyen 81

Kajian semula dan rayuan

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 107 of 124
Seksyen 81
(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan

Ketua Pengarah boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk kajian semula ke atas keputusannya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh orang itu diberitahu mengenai keputusan itu dengan syarat bahawa tiada rayuan telah dibuat ke atas keputusan yang sama kepada Tribunal

Rayuan Kastam atau mahkamah.

(2)

Permohonan bagi kajian semula di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Jika permohonan bagi kajian semula telah dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah membuat kajian semula dan memberitahu keputusan kajian semula itu kepada orang itu, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh hari dari tarikh permohonan itu diterima.

(4)

Tiada kajian semula boleh dibuat bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun.

(5)

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan

Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini, kecuali apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun, boleh merayu kepada Tribunal Rayuan Kastam secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan keputusan itu kepada orang yang terkilan itu.

(6)

Apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar walaupun apa-apa kajian semula atau rayuan telah dibuat di bawah seksyen ini.

(7)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

108

Undang-Undang Malaysia

Pelikuidasi syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan cukai perkhidmatan