Seksyen 86A
Penyampaian saman
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Tiap-tiap saman yang dikeluarkan oleh suatu mahkamah terhadap mana-mana orang yang berkaitan dengan apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini boleh disampaikan kepada orang yang dinamakan dalamnya—
(a)
dengan menghantarserahkan saman itu kepada orang itu atau mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau mana-mana pekerjanya yang tinggal bersamanya di tempat tinggalnya yang biasa atau yang terakhir diketahui;
112
Undang-Undang Malaysia
(b)
dengan meninggalkan saman itu di tempat tinggalnya atau tempat perniagaannya yang biasa atau yang terakhir diketahui dalam suatu sampul surat yang dialamatkan kepada orang itu;
(c)
dengan menghantar saman itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggalnya atau tempat perniagaannya yang biasa atau yang terakhir diketahui; atau
(d)
jika orang itu ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain—
(i)
dengan menghantarserahkan saman itu kepada setiausaha atau pegawai lain yang seumpama bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya; atau
(ii)
dengan menghantar saman itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya.
(2)
Apa-apa saman yang dihantar melalui pos berdaftar kepada mana-mana orang mengikut subseksyen
(1)
atau dengan menghantarserahkan saman itu kepada orang itu atau kepada mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau mana-mana pekerjanya yang tinggal bersamanya hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu dengan sewajarnya.
(3)
Apabila suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah disampaikan, suatu afidavit penyampaian yang berupa sebagai telah dibuat di hadapan seorang pegawai yang diberi kuasa sewajarnya untuk mengendalikan sumpah hendaklah diterima sebagai keterangan.
Cukai Perkhidmatan 113