Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian XII

86. Penyampaian notis, dsb

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap notis, arahan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan kepada mana-mana orang boleh disampaikan—

(a)

secara ke diri kepada orang itu;

(b)

dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau

(c)

melalui perkhidmatan elektronik di bawah seksyen 87.

Cukai Perkhidmatan 111

(2)

Notis, arahan atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa ia sepatutnya telah diserahkan kepada orang itu dalam penjalanan biasa pos itu jika notis, arahan atau dokumen lain itu telah dialamatkan—

(a)

dalam hal suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain—

(i)

ke pejabat berdaftarnya;

(ii)

ke alamatnya yang terakhir diketahui; atau

(iii)

kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan

(b)

dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir diketahui.

(3)

Jika seseorang telah memberikan persetujuannya bagi suatu notis disampaikan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada masa apabila notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik itu.

(4)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Report

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan