Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian XII
85. Cukai perkhidmatan, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb
Feedback & supportPemulaan prosiding atau pengenaan suatu penalti, denda atau tempoh pemenjaraan di bawah Akta ini atau pengkompaunan suatu kesalahan di bawah seksyen 80 tidak boleh melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan untuk membayar apa-apa cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah Akta ini.