Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian XII
90B. Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat
Feedback & support(1)
Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini, Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.
(2)
Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—
(a)
terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan
(b)
tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.
(3)
Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.