Skip to content

Seksyen 75

Membuat urusan bagi pihak mana-mana orang

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 101 of 124
Seksyen 75
(1)

Tertakluk pada seksyen 74, tiada seorang pun boleh membuat apa-apa urusan berhubung dengan

Akta ini bagi pihak mana-mana orang kena cukai, atau mana-mana orang selain orang kena cukai yang, dalam menjalankan perniagaannya, memperoleh apa-apa perkhidmatan bercukai diimport, atau mana-mana orang berdaftar asing kecuali tentang perkara yang berkaitan dengan apa-apa pembayaran balik, peremitan, pengecualian, atau apa-apa perkara lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, di bawah Akta ini.

(2)

Orang yang membuat urusan tentang mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) bagi pihak orang yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah—

(a)

mengemukakan surat kuasa daripada orang yang diwakilinya; dan

(b)

mengemukakan apa-apa benda dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah seperti yang dikehendaki supaya diserahkan bagi maksud perkara yang sedang dibuat.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Cukai Perkhidmatan 103

Kesalahan oleh orang yang diberi kuasa dan orang yang tidak diberi kuasa