Seksyen 83
Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Jika seorang penerima bagi harta mana-mana orang yang bertanggungan bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar dilantik, penerima itu hendaklah memberikan notis mengenai pelantikan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas itu, dan hendaklah sebelum melupuskan apa-apa aset orang itu mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan atau perkhidmatan bercukai diimport yang diperoleh oleh orang itu sebelum pelantikan penerima itu, dan hendaklah membayar cukai perkhidmatan itu.
(2)
Mana-mana penerima yang dilantik di bawah subseksyen (1)
yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai perkhidmatan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.
(3)
Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(4)
Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai penerima, kewajipan dan tanggungan yang dikenakan ke atas seorang penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan ke atas semua orang itu, secara
110
Undang-Undang Malaysia bersesama dan berasingan, tertakluk pada hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.
(5)
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.