Seksyen 91
Kuasa membuat peraturan-peraturan
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—
(a)
semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang berdaftar;
(b)
semua perkara yang berhubungan dengan tempoh bercukai;
116
Undang-Undang Malaysia
(c)
semua perkara yang berhubungan dengan penentuan nilai perkhidmatan bercukai;
(d)
semua perkara yang berhubungan dengan pengemukaan penyata, perisytiharan dan pembayaran cukai perkhidmatan;
(e)
semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran balik dan peremitan cukai perkhidmatan;
(f)
semua perkara yang berhubungan dengan ketetapan awam dan ketetapan kastam;
(g)
semua perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan elektronik;
(h)
semua perkara yang berhubungan dengan invois, nota kredit dan nota debit;
(i)
semua perkara yang berhubungan dengan pejabat pentadbiran cukai perkhidmatan;
(j)
semua fi yang dikehendaki untuk ditetapkan oleh Akta ini;
(k)
(Dipotong oleh Akta 851).
(l)
apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan oleh Akta ini; atau
(m)
semua perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan digital.
(3)
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda yang tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Cukai Perkhidmatan 117