Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021) · Updated to 15 Nov 2021 · Bahagian III · Peruntukan Pelbagai yang Terpakai bagi Pertubuhan Secara Amnya
46. Penalti kerana mendapatkan yuran atau bantuan untuk pertubuhan yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportMana-mana orang yang mendapatkan atau cuba mendapatkan daripada mana-mana orang lain apa-apa yuran atau bantuan bagi maksud sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.