Seksyen 45
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Seksyen 45
Mana-mana orang yang menghasut, mendorong atau mengajak seorang lain supaya menjadi seorang anggota, atau supaya membantu dalam pengurusan, sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa kekerasan, ugutan atau intimidasi terhadap mana-mana orang lain bagi mendorong orang lain itu supaya menjadi seorang anggota, atau supaya membantu dalam pengurusan, sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pertubuhan 59
Penalti kerana mendapatkan yuran atau bantuan untuk pertubuhan yang menyalahi undang-undang