Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian XI · Pelbagai

144. Penyampaian notis atau perintah

Apa-apa notis atau perintah yang dikehendaki disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Akta ini boleh disampaikan dan hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu dengan menyampaikan suatu salinan notis atau perintah itu—

(a)

sendiri;

(b)

melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada alamat perniagaan, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi orang yang hendak disampaikan itu; atau

(c)

dengan melekatkan notis atau perintah itu pada bahagian utama di alamat perniagaan, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi orang yang hendak disampaikan itu.

Report