Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian XI · Pelbagai
150. Peraturan-peraturan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi penjalanan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah
Akta ini untuk ditetapkan;
mengadakan peruntukan bagi standard penyenggaraan dan pengurusan yang patut berkenaan dengan bangunan, harta bersama atau harta bersama terhad;
mengadakan peruntukan bagi pembayaran deposit oleh mana-mana orang yang mendirikan atau membina sesuatu bangunan untuk memastikan penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu yang sepatutnya dan bagi pelucuthakan deposit itu;
Undang-Undang Malaysia 144
menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang tidak mematuhi mana-mana peraturan adalah merupakan suatu kesalahan dan memperuntukkan penalti bagi kesalahan itu sama ada melalui denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya dengan syarat bahawa apa-apa denda yang diperuntukkan sedemikian tidak boleh melebihi lima puluh ribu ringgit dan tempoh pemenjaraan yang diperuntukkan sedemikian tidak boleh melebihi tiga tahun;
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang-borang yang hendaklah digunakan dalam, dan kaedah dan tatacara bagi, mengkompaun kesalahan itu; atau
mengadakan peruntukan pada amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari di bawah peruntukan
Akta ini.