Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian XI · Pelbagai
Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian XI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Peruntukan Akta ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa ketetapan yang berlawanan dalam mana-mana perjanjian, kontrak atau perkiraan yang dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.
Tiada perjanjian, kontrak atau perkiraan, sama ada secara lisan atau keseluruhannya atau sebahagiannya secara bertulis, yang dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini boleh berkuat kuasa untuk membatalkan, mengubah atau mengecualikan mana-mana peruntukan Akta ini.