Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian XI · Pelbagai

151. Kuasa untuk mengecualikan

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, mengecualikan mana-mana orang atau bangunan atau tanah, atau mana-mana golongan orang atau jenis bangunan atau tanah, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report