Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian XI · Pelbagai
Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian XI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, di dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan atau sebahagian daripada kawasan pihak berkuasa tempatan atau di dalam mana-mana kawasan
Pengurusan Strata 143
lain, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, kontrak dan surat ikatan yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama setakat yang peruntukan undang-undang kontrak atau surat ikatan itu berlawanan dengan peruntukan Akta ini hendaklah berhenti berkuat kuasa di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan atau kawasan lain itu.