Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XVII · Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan
145. Salinan dokumen yang dimeterai hendaklah menjadi keterangan
Feedback & supportSalinan atau cabutan bercetak atau bertulis atau daripada
Daftar yang berupa sebagai diperaku oleh Pendaftar dan dimeterai dengan meterainya boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah tanpa apa-apa bukti lanjut atau pengemukaan yang asal.
Suatu pemberitahuan atau perakuan pendaftaran boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di hadapan
Cap Dagangan 133
mana-mana mahkamah undang-undang tanpa apa-apa bukti lanjut atau pengemukaan yang asal.
Suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh
Pendaftar mengenai apa-apa perbuatan yang dia diberi kuasa untuk melakukan dan yang dia telah atau belum melakukan hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah undang-undang mengenai hal yang dia telah melakukan atau belum melakukan perbuatan itu.
Tiada seorang pun dalam penggajian Perbadanan dikehendaki hadir ke mahkamah bagi maksud untuk mengemukakan—
apa-apa dokumen yang berhubungan dengan permohonan cap dagangan atau cap dagangan berdaftar yang boleh diperoleh di bawah peruntukan
Akta ini; atau
apa-apa dokumen yang ditetapkan sebagai rahsia, tidak terbuka untuk pemeriksaan awam atau diadakan kepada mana-mana pihak ketiga mengikut Akta ini.