Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XVII · Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan
146. Maklumat elektronik, dsb., yang diperaku oleh Pendaftar boleh diterima sebagai keterangan
Feedback & supportApa-apa bentuk, maklumat atau dokumen, salinan atau cabutan daripada apa-apa bentuk, maklumat atau dokumen yang difailkan secara elektronik dengan Pendaftar atau yang dikeluarkan oleh
Pendaftar, hendaklah menjadi cabutan sebenar daripada apa-apa bentuk, maklumat atau dokumen yang difailkan dengan atau dikemukakan kepada Pendaftar sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan mengikut bentuk, maklumat, dokumen, salinan atau cabutan itu.