(1)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan suatu negara sebagai telah membuat perkiraan dengan Malaysia bagi perlindungan salingan cap dagangan.
(2)
Berhubung dengan suatu pengisytiharan negara asing, seksyen ini hendaklah terpakai selama tempoh perintah itu terus berkuat kuasa berkenaan dengan negara itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, semua kehendak dan tatacara dalam seksyen 26 hendaklah terpakai.