Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bab 4

28. Section 28

Feedback & support

Tuntutan keutamaan daripada perlindungan sementara cap dagangan yang menjadi hal perkara bagi pameran antarabangsa yang diberikan di bawah Perkara 11 Konvensyen Paris

(1)

Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, seseorang pemohon bagi pendaftaran cap dagangan boleh memohon perlindungan sementara yang hendaklah diberikan kepada suatu cap dagangan yang menjadi hal perkara bagi pameran di suatu

38

Undang-Undang Malaysia pameran antarabangsa rasmi atau yang secara rasminya diiktiraf yang diadakan di Malaysia atau di mana-mana negara Konvensyen atau negara asing yang diisytiharkan.

(2)

Perlindungan sementara yang diberikan di bawah subseksyen (1) tidak melanjutkan apa-apa tempoh keutamaan yang dituntut oleh seseorang pemohon dalam seksyen 26 dan jika hak keutamaan dituntut oleh pemohon selepas perlindungan sementara itu, tempoh keutamaan itu hendaklah kekal enam bulan dan hendaklah bermula dari tarikh yang barang-barang atau perkhidmatan itu dimasukkan dalam pameran itu.

(3)

Seseorang pemohon bagi pendaftaran cap dagangan yang barang-barang atau perkhidmatannya menjadi hal perkara bagi pameran di suatu pameran antarabangsa rasmi atau yang secara rasminya diiktiraf di Malaysia atau di mana-mana negara Konvensyen atau negara asing diisytiharkan dan yang memohon bagi pendaftaran cap dagangan itu di Malaysia dalam masa enam bulan dari tarikh yang barang-barang atau perkhidmatan itu mula-mula menjadi hal perkara pameran itu, atas permintaannya, hendaklah dikira sebagai memberikan hak keutamaan bagi maksud carian di bawah subseksyen 29(2) apabila barang-barang atau perkhidmatan itu mula-mula menjadi hal perkara pameran itu.

(4)

Keterangan bahawa barang-barang atau perkhidmatan yang mengandungi cap dagangan itu menjadi hal perkara bagi pameran di suatu pameran antarabangsa rasmi atau yang secara rasminya diiktiraf hendaklah melalui perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten pameran itu dan hendaklah difailkan dengan

Pendaftar apabila memfailkan permohonan untuk pendaftaran cap dagangan di Malaysia.

Report

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bahagian V

Pembahagian dan Penggabungan

Bahagian VI

Tempoh dan Pembaharuan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian VII

Pengubahan, Pembetulan, Pemotongan, Pembatalan dan Ketidaksahan

Bahagian VIII

Kesan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules