Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian VIII · Kesan Cap Dagangan Berdaftar

50. Cap dagangan yang terdiri daripada tanda yang diterima sebagai tanda yang memperihalkan artikel, dsb

Feedback & support
(1)

Seksyen ini terpakai jika cap dagangan berdaftar mengandungi atau terdiri daripada, suatu tanda yang, selepas tarikh pendaftaran cap dagangan, diterima secara amnya dalam perdagangan yang berkaitan sebagai tanda yang memperihalkan atau ialah nama suatu artikel, bahan atau perkhidmatan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika cap dagangan itu terdiri daripada tanda itu, tuan punya berdaftar—

(a)

tidak mempunyai apa-apa hak eksklusif untuk menggunakan, atau membenarkan orang lain untuk menggunakan, cap dagangan itu berhubung dengan—

60

Undang-Undang Malaysia

(i)

artikel atau bahan atau barang-barang lain dengan perihal yang sama; atau

(ii)

perkhidmatan atau perkhidmatan lain dengan perihal yang sama, dan

(b)

dikira sebagai tidak lagi mempunyai hak eksklusif itu dari dan termasuk hari yang ditentukan oleh Mahkamah di bawah subseksyen (4).

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), jika cap dagangan itu mengandungi tanda itu, tuan punya berdaftar—

(a)

tidak mempunyai apa-apa hak eksklusif untuk menggunakan, atau membenarkan orang lain untuk menggunakan, tanda itu berhubung dengan—

(i)

artikel atau bahan atau barang-barang lain dengan perihal yang sama; atau

(ii)

perkhidmatan atau perkhidmatan lain dengan perihal yang sama; dan

(b)

dikira sebagai terhenti untuk mempunyai hak eksklusif itu dari hari yang ditentukan oleh Mahkamah di bawah subseksyen (4).

(4)

Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), Mahkamah boleh menentukan hari yang suatu tanda mula-mula diterima secara amnya dalam perdagangan yang berkaitan sebagaimana tanda yang memperihalkan atau ialah nama artikel, bahan atau perkhidmatan.

Report

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules