Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian VIII · Kesan Cap Dagangan Berdaftar

56. Tindakan bagi pelanggaran

Feedback & support
(1)

Tuan punya berdaftar berhak untuk memulakan prosiding

Mahkamah terhadap mana-mana orang yang telah melanggar atau sedang melanggar cap dagangan berdaftarnya.

(2)

Tuan punya berdaftar hendaklah mempunyai hak tindakan yang sama dalam subseksyen (1) terhadap mana-mana orang yang telah melakukan perbuatan yang berkemungkinan akan menyebabkan bahawa pelanggaran berlaku.

(3)

Dalam tindakan bagi pelanggaran, Mahkamah boleh memberikan relief termasuk yang berikut:

(a)

suatu injunksi tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah yang termasuk untuk menghalang barang-barang yang melibatkan pelanggaran daripada memasuki saluran perdagangan;

(b)

ganti rugi;

(c)

akaun keuntungan; atau

(d)

dalam apa-apa hal yang subseksyen (7) terpakai, award bagi apa-apa ganti rugi tambahan sebagaimana yang difikirkan sesuai dalam hal keadaan itu oleh Mahkamah.

(4)

Walau apa pun perenggan (3)(a), atas permohonan plaintif bagi injunksi interim, apabila Mahkamah berpuas hati bahawa pelanggaran itu melibatkan penggunaan suatu cap dagangan lancung berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan, Mahkamah boleh memerintahkan—

(a)

penyitaan atau pengambilan jagaan barang-barang, bahan atau artikel yang disyaki adalah berkaitan dengan pelanggaran itu; dan

(b)

pembelian keterangan dokumentar yang berkaitan dengan pelanggaran itu.

(5)

Apabila Mahkamah mengaward apa-apa ganti rugi di bawah

Cap Dagangan 67

perenggan (3)(b), Mahkamah boleh juga membuat suatu perintah di bawah perenggan (3)(c) bagi suatu akaun keuntungan yang boleh dikaitkan dengan pelanggaran itu yang tidak diambil kira dalam pengiraan ganti rugi itu.

(6)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (5), relief yang disebut dalam perenggan (3)(b) dan (c)

adalah saling eksklusif.

(7)

Dalam apa-apa tindakan bagi pelanggaran suatu cap dagangan berdaftar jika pelanggaran melibatkan penggunaan cap dagangan lancung berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan, plaintif adalah berhak, atas pilihannya, kepada—

(a)

ganti rugi dan akaun keuntungan yang boleh dikaitkan dengan pelanggaran itu yang tidak diambil kira dalam pengiraan ganti rugi;

(b)

akaun keuntungan; atau

(c)

ganti rugi tambahan yang dipertimbangkan sesuai dalam keadaan.

(8)

Report

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules