Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

59. Perintah bagi penyerahan barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar

Feedback & support
(1)

Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 56 dan 58 dalam apa-apa tindakan bagi pelanggaran suatu cap dagangan berdaftar, memerintahkan supaya apa-apa barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar yang dalam milikan defendan atau di hadapan

Mahkamah diserahkan kepada plaintif.

(2)

Jika Mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1),

Mahkamah juga hendaklah membuat suatu perintah di bawah seksyen 60 melainkan jika Mahkamah menentukan bahawa terdapat alasan untuk tidak membuat perintah itu.

(3)

Seseorang yang kepadanya apa-apa barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar diserahkan menurut suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah, jika suatu perintah di bawah seksyen 60 tidak dibuat pada masa pembuatan perintah di bawah subseksyen (1), memegang simpan barang-barang, bahan atau artikel itu sementara menunggu keputusan permohonan di bawah seksyen 60.

Report

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules