Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

60. Perintah bagi pelupusan barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar

Feedback & support
(1)

Jika barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar telah diserahkan menurut suatu perintah di bawah seksyen 59, suatu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah—

(a)

bagi suatu perintah bahawa barang-barang, bahan atau artikel itu dimusnahkan atau dilucuthakkan kepada orang yang difikirkan patut oleh Mahkamah; atau

(b)

bagi suatu keputusan bahawa tiada apa-apa perintah di bawah perenggan (a) hendaklah dibuat.

(2)

Dalam menimbangkan perintah, jika ada, yang hendak

70

Undang-Undang Malaysia dibuat, Mahkamah hendaklah mengambil kira—

(a)

sama ada remedi lain yang ada dalam suatu tindakan pelanggaran cap dagangan berdaftar adalah mencukupi sebagai pampasan kepada plaintif dan melindungi kepentingannya; dan

(b)

keperluan untuk memastikan bahawa tiada barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar dilupuskan dengan cara yang akan menjejaskan plaintif.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika barang-barang yang melanggar adalah barang-barang lancung, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya barang-barang itu dimusnahkan jika—

(a)

plaintif memohon kepada

Mahkamah untuk mendapatkan perintah itu; dan

(b)

Mahkamah berpendapat bahawa tidak ada hal keadaan luar biasa yang membenarkan penolakan perintah itu.

(4)

Mahkamah hendaklah mengeluarkan arahan mengenai penyampaian notis kepada orang yang mempunyai kepentingan dalam barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar.

(5)

Mana-mana orang yang mempunyai kepentingan dalam barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar adalah berhak—

(a)

untuk hadir dalam prosiding bagi suatu permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini, sama ada atau tidak notis disampaikan kepada orang itu; dan

(b)

untuk merayu terhadap apa-apa perintah yang dibuat, sama ada atau tidak orang itu hadir dalam prosiding itu.

(6)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak akan berkuat kuasa sehingga akhir tempoh yang suatu notis rayuan boleh diberikan atau, jika sebelum akhir tempoh itu notis rayuan diberikan dengan sewajarnya, sehingga keputusan muktamad ke atas atau pemberhentian prosiding rayuan itu.

(7)

Tertakluk pada subseksyen (3), jika terdapat lebih daripada

Cap Dagangan 71

seorang yang berminat dengan barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar itu, Mahkamah boleh mengarahkan supaya barang-barang, bahan atau artikel itu dijual, atau diuruskan selainnya, dan hasilnya dibahagikan, dan hendaklah dibuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.

(8)

Jika Mahkamah memutuskan bahawa tiada perintah dibuat di bawah seksyen ini, orang yang ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar sebelum diserahkan, adalah berhak untuk mendapatkan kembali barang-barang, bahan atau artikel itu.

Report

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules