Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian IX · Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

64. Penyerahhakan, dsb., cap dagangan berdaftar

Feedback & support
(1)

Suatu cap dagangan berdaftar hendaklah dipindahkan dengan penyerahhakan atau perpindahan dengan cara yang sama

74

Undang-Undang Malaysia sebagaimana harta peribadi atau harta alih lain, dan hendaklah dipindahkan sama ada berkaitan dengan nama baik perniagaan atau secara berasingan.

(2)

Suatu penyerahhakan atau perpindahan lain cap dagangan berdaftar boleh untuk sebahagian yang terhad supaya terpakai berhubung dengan beberapa tetapi bukan semua barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan.

(3)

Suatu penyerahhakan cap dagangan berdaftar, atau persetujuan berhubung dengan cap dagangan berdaftar, tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika ia dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak penyerah hak dan pemegang serah hak, atau seseorang wakil peribadi, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah terpakai bagi suatu penyerahhakan sebagai jaminan yang berkaitan dengan apa-apa penyerahhakan lain.

(5)

Cap dagangan berdaftar boleh menjadi subjek gadaian dengan cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih.

(6)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh penyerahhakan atau perpindahan lain suatu cap dagangan tidak berdaftar sebagai sebahagian daripada nama baik suatu perniagaan.

Report

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules