Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian IX · Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

65. Pendaftaran transaksi yang menyentuh cap dagangan berdaftar

Feedback & support
(1)

Butir-butir mengenai suatu transaksi yang boleh didaftarkan sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar hendaklah dicatatkan dalam Daftar apabila kelulusan oleh Pendaftar atas permohonan dibuat mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan oleh—

(a)

seseorang yang mendakwa berhak kepada suatu kepentingan dalam atau di bawah suatu cap dagangan berdaftar menurut transaksi yang boleh didaftarkan itu; atau

(b)

mana-mana orang lain yang mendakwa terjejas oleh apa-apa transaksi.

Cap Dagangan 75

(2)

Sehingga suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1)

dan diluluskan oleh Pendaftar, transaksi itu tidak berkuat kuasa terhadap seseorang yang memperoleh kepentingan yang bercanggah dalam atau di bawah cap dagangan berdaftar dalam ketidaktahuan transaksi itu.

(3)

Seseorang yang menjadi tuan punya berdaftar menurut mana-mana transaksi yang boleh didaftarkan tidak berhak kepada ganti rugi atau akaun keuntungan berkenaan dengan apa-apa pelanggaran cap dagangan berdaftar yang berlaku selepas tarikh transaksi dan sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(4)

Subseksyen (2) dan (3) tidak terpakai bagi apa-apa transaksi yang boleh didaftarkan berhubung dengan suatu lesen di bawah suatu cap dagangan berdaftar atau apa-apa hak dalam atau di bawah lesen itu.

(5)

Pendaftar boleh meminda atau mengeluarkan apa-apa butir yang berhubungan dengan kepentingan bercagar atas permohonan tuan punya berdaftar dan dengan persetujuan orang yang berhak untuk mendapat manfaat kepentingan itu mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Report

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules