Seksyen 11
Pelaburan dalam sekuriti pembawa
Seseorang pemegang amanah boleh, melainkan jika dilarang dengan nyata oleh surat cara yang mewujudkan amanah itu, menyimpan atau melabur dalam sekuriti yang boleh dibayar kepada pembawa yang, jika tidak kena dibayar demikian, boleh menjadi pelaburan yang dibenarkan.
(2)
Sekuriti yang boleh dibayar kepada pembawa yang disimpan atau diambil sebagai pelaburan oleh pemegang amanah hendaklah, hingga dijual, didepositkan olehnya dengan seorang jurubank atau syarikat bank untuk simpanan selamat dan pungutan pendapatan.
(3)
Sesuatu arahan supaya pelaburan itu hendaklah disimpan atau dibuat atas nama pemegang amanah tidak boleh, bagi maksud seksyen ini, disifatkan sebagai suatu larangan nyata sebagaimana tersebut dahulu.
(4)
Seseorang pemegang amanah tidaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang berlaku oleh sebab deposit itu, dan apa-apa wang yang kena dibayar berkenaan dengan deposit dan pungutan itu hendaklah dibayar dengan pendapatan daripada harta amanah itu.
Pinjaman dan pelaburan oleh pemegang amanah yang tidak boleh dipertuduh sebagai pecah amanah