Skip to content

Seksyen 14

Kuasa tambahan pada kuasa pelaburan

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 14 of 69
Seksyen 14
(1)

Pemegang-pemegang amanah yang meminjamkan wang atas cagaran sesuatu harta yang mengenainya dia boleh memberi pinjaman dengan sahnya di sisi undang-undang boleh membuat kontrak bahawa wang itu tidak diminta selama sesuatu tempoh yang tidak lebih daripada lima tahun mulai dari masa pinjaman itu dibuat, dengan syarat bunganya dibayar dalam tempoh yang ditetapkan yang tidak lebih daripada sepuluh hari selepas tiap-tiap bulan atau pada hari-hari lain yang ia kena dibayar, dan dengan syarat penggadai tidak melanggar apa-apa waad yang terkandung dalam surat cara gadaian itu untuk menyenggara dan melindungi harta itu.

(2)

Apabila pemegang amanah menjual tanah pemegang amanah itu boleh, jika hasil jualan itu boleh dilaburkan, membuat kontrak bahawa pembayaran apa-apa bahagian, tidak lebih daripada dua per tiga, daripada wang belian itu hendaklah dijamin dengan gadaian tanah yang dijual itu, dengan atau tanpa cagaran mana-mana harta lain, tetapi gadaian itu, jika apa-apa bangunan ada termasuk di dalamnya, hendaklah mengandungi suatu waad oleh penggadai untuk menginsuranskan bangunan itu pada nilai sepenuhnya daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran.

(3)

Pemegang-pemegang amanah tidak terikat untuk mendapatkan apa-apa laporan mengenai nilaian tanah atau harta lain yang hendak dimasukkan ke dalam gadaian itu, atau apa-apa nasihat mengenai pemberian pinjaman itu, dan tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang berlaku hanya oleh sebab cagaran pinjaman itu tidak mencukupi pada tarikh gadaian itu.

Pemegang Amanah 23

(4)

Jika apa-apa sekuriti sesuatu syarikat adalah tertakluk kepada sesuatu amanah, pemegang amanah boleh bersetuju dengan apa-apa skim atau perkiraan—

(a)

bagi penyusunan semula syarikat itu;

(b)

bagi penjualan kesemua atau apa-apa bahagian harta dan usaha syarikat itu kepada syarikat lain;

(c)

bagi perolehan sekuriti syarikat itu, atau kawalannya, oleh sesuatu syarikat lain;

(d)

bagi penyatuan syarikat itu dengan syarikat lain;

(e)

bagi pelepasan, pengubahsuaian, atau pengubahan apa-apa hak, keistimewaan atau liabiliti yang ada pada sekuriti-sekuriti itu atau salah satu daripadanya, sama caranya seolah-olah mereka berhak mendapat sekuriti-sekuriti itu secara benefisial, dan mempunyai kuasa untuk menerima apa-apa sekuriti daripada apa-apa peringkat nilai atau jenis kepunyaan syarikat yang disusun semula atau yang membeli atau yang baharu itu sebagai ganti atau sebagai tukaran bagi kesemua atau mana-mana sekuriti yang mula-mula disebut itu, dan pemegang amanah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau benda yang dilakukan dengan suci hati, dan boleh menyimpan apa-apa sekuriti yang diterima sebagaimana tersebut dahulu bagi apa-apa tempoh yang mereka dengan sepatutnya boleh menyimpan sekuriti asal itu.

(5)

Jika apa-apa hak bersyarat atau hak keutamaan untuk mencarum bagi apa-apa sekuriti dalam mana-mana syarikat ditawarkan kepada pemegang amanah berkenaan dengan apa-apa pegangan dalam syarikat itu, mereka boleh mengenai kesemua atau mana-mana daripada sekuriti itu, sama ada menjalankan hak itu dan menggunakan wang modal yang tertakluk kepada amanah itu sebagai bayaran balasannya, atau menolak hak sedemikian, atau menyerahkan faedah hak itu atau hakmiliknya dengan balasan yang terbaik yang dengan munasabahnya boleh didapati kepada mana-mana orang, termasuk mana-mana benefisiari amanah itu, tanpa bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau benda yang mereka lakukan dengan suci hati:

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

Dengan syarat bahawa balasan bagi apa-apa serah hak sedemikian hendaklah dipegang sebagai wang modal amanah itu.

(6)

Kuasa yang diberi oleh seksyen ini hendaklah dijalankan tertakluk kepada persetujuan mana-mana orang yang persetujuannya bagi penukaran pelaburan itu dikehendaki oleh undang-undang atau oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu.

(7)

Jika pinjaman yang disebut dalam subseksyen (1), atau jualan yang disebut dalam subseksyen (2), dibuat mengikut perintah

Mahkamah, kuasa yang diberi oleh subseksyen itu masing-masing adalah terpakai hanya jika dan setakat yang diarahkan melalui perintah oleh Mahkamah itu.