Skip to content

Seksyen 7

Kuasa pelaburan statutori

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 7 of 69
Seksyen 7
(1)

Dalam hal pemegang-pemegang amanah yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seksyen 5 adalah terpakai hanya setakat yang diarahkan oleh Menteri.

(2)

Jika mana-mana golongan orang, yang bukannya pemegang amanah, mempunyai kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis (walau bagaimanapun dinyatakan) untuk membuat pelaburan yang sama seperti pelaburan yang pemegang amanah pada masa itu dibenarkan oleh undang-undang membuat, seksyen 5 tidaklah terpakai bagi golongan itu kecuali setakat yang diarahkan oleh Menteri.

(3)

Menteri boleh mengarahkan supaya mana-mana golongan orang tertentu, yang bukannya pemegang amanah yang dilantik di bawah mana-mana undang bertulis, yang selain subseksyen ini tidak mempunyai kuasa pelaburan yang sama seperti yang diberi di bawah seksyen 5, hendaklah mempunyai kuasa itu setakat yang dinyatakan dalam arahan itu.

Pemegang Amanah 19

(4)

Apa-apa arahan di bawah seksyen ini boleh diberi secara am atau dalam hal tertentu, dan diberi tanpa syarat atau tertakluk kepada syarat-syarat.