Seksyen 13
Liabiliti mengenai kerugian yang disebabkan oleh pelaburan tidak wajar
Jika seseorang pemegang amanah dengan tidak sewajarnya mendahulukan wang amanah atas cagaran suatu gadaian yang pada masa pelaburan itu adalah suatu pelaburan wajar daripada semua segi
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
bagi suatu jumlah yang lebih kecil daripada jumlah yang sebenarnya didahulukan di atasnya, cagaran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pelaburan yang dibenarkan bagi jumlah yang lebih kecil itu, dan pemegang amanah itu akan hanya bertanggungan membayar jumlah yang didahulukan berlebihan itu serta bunganya.
(2)
Seksyen ini terpakai bagi pelaburan yang dibuat sebelum dan juga selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.