Skip to content

Seksyen 12

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 12 of 69

Seksyen 12

(1)

Seseorang pemegang amanah yang meminjamkan wang atas cagaran sesuatu harta yang mengenainya dia dengan sepatutnya boleh memberi pinjaman tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya oleh sebab kadar yang ditanggung oleh amaun pinjaman itu berbanding dengan nilai harta itu pada masa pinjaman tersebut diberi, jika

Mahkamah mendapati—

(a)

bahawa pada masa memberi pinjaman itu pemegang amanah itu bertindak mengikut laporan mengenai nilai harta itu yang dibuat oleh seseorang yang dia dengan munasabahnya mempercayai menjadi seorang juruukur

Pemegang Amanah 21

atau penilai praktis yang berkebolehan yang diarah dan diguna khidmat secara bebas daripada mana-mana pemunya harta itu, sama ada juruukur atau penilai itu menjalankan urusannya dalam kawasan di mana terletaknya harta itu atau di tempat-tempat lain;

(b)

bahawa amaun pinjaman itu tidak melebihi dua per tiga bahagian daripada nilai harta itu sebagaimana disebut dalam laporan itu; dan

(c)

bahawa pinjaman itu dibuat mengikut nasihat juruukur atau penilai yang dinyatakan dalam laporan itu.

(2)

Seseorang pemegang amanah yang meminjamkan wang atas cagaran sesuatu harta pegangan pajak tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya atas alasan bahawa pada masa memberi pinjaman itu dia tidak minta dikemukakan atau menyiasat, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya, hakmilik pemberi pajakan itu.

(3)

Seseorang pemegang amanah tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya atas alasan bahawa pada masa melakukakn pembelian, atau pada masa meminjamkan wang atas cagaran, apa-apa harta dia telah menerima hakmilik yang lebih singkat daripada hakmilik yang seseorang pembeli, jika tidak ada suatu kontrak khas, berhak menuntut, jika pada pendapat Mahkamah hakmilik yang diterima itu adalah suatu hakmilik yang pasti akan diterima oleh seseorang yang bertindak dengan hemat dan cermat.

(4)

Seksyen ini terpakai bagi pemindahan sekuriti yang ada dan juga bagi sekuriti baru dan bagi pelaburan yang dibuat sebelum dan juga selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.