Seksyen 5
Kuasa tambahan mengenai pelaburan bagi pemegang amanah
Pelaburan yang dinyatakan dalam seksyen 4 termasuklah apa-apa sekuriti yang baginya seksyen ini terpakai dan apa-apa unit, atau apa-apa bahagian pelaburan itu yang tertakluk kepada amanah, sesuatu skim amanah saham yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan
Agong melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.
(2)
Tertakluk kepada seksyen ini, seksyen ini terpakai bagi apa-apa sekuriti yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat (sama ada diperbadankan dalam Malaysia atau di tempat lain) yang disebut harga dalam Bursa Saham Malaysia.
(3)
Seksyen ini tidak terpakai bagi sekuriti mana-mana syarikat melainkan jika—
(a)
jumlah modal syer yang telah dikeluarkan dan dibayar bagi syarikat itu adalah, jika ditukarkan kepada ringgit daripada mata wang selain ringgit adalah, sebanyak lima juta ringgit atau lebih; dan
(b)
pada tiap-tiap tahun dalam masa lima tahun sebelum sahaja tahun kelendar dalam mana pelaburan itu dibuat syarikat itu telah membayar dividen ke atas semua syer yang dikeluarkan oleh syarikat itu, tidak termasuk apa-apa syer yang dikeluarkan selepas dividen itu diisytiharkan dan apa-apa syer yang mengikut terma-terma pengeluarannya tidak diperingkatkan untuk mendapat dividen bagi tahun itu.
dan kadar pertukaran wang berhubungan dengan penukaran modal syer yang telah dikeluarkan dan dibayar hendaklah mengikut kadar yang diperakui oleh seorang pengurus bank, sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan 6(3)(b), sebagai berpatutan pada hari pemegang
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
amanah itu menjalankan kuasanya untuk melabur dalam sekuriti sedemikian.
(4)
Bagi maksud perenggan 3(b), suatu syarikat yang ditubuhkan—
(a)
untuk mengambil alih perniagaan suatu syarikat lain atau syarikat-syarikat lain; atau
(b)
untuk memperoleh sekuriti, atau kawalan, suatu syarikat lain atau syarikat-syarikat lain; atau
(c)
bagi salah satu daripada maksud-maksud tersebut dan bagi maksud-maksud lain, hendaklah disifatkan sebagai telah membayar dividen yang disebut dalam perenggan itu bagi mana-mana tahun yang dividen itu telah dibayar demikian oleh syarikat lain atau kesemua syarikat lain itu, mengikut mana yang berkenaan.
(5)
Seksyen ini tidak terpakai bagi syer atau stok debentur yang tidak dibayar penuh, kecuali syer atau stok yang mengikut terma-terma pengeluarannya dikehendaki supaya dibayar penuh dalam masa sembilan bulan dari tarikh pengeluaran itu.
(6)
Tiada apa-apa peruntukan berhubungan dengan kuasa pemegang amanah yang terkandung dalam mana-mana surat cara yang dibuat sebelum 30 Jun 1965 boleh membataskan kuasa yang diberi oleh seksyen ini, tetapi kuasa tersebut hanya boleh dijalankan setakat yang niat sebaliknya tidak dinyatakan dalam mana-mana surat cara berkenaan yang dibuat selepas 29 Jun 1965.