Seksyen 8
Membeli stok boleh tebus pada nilai premium; menukar corak pelaburan
ActIn forceProvision 8 of 69
Seksyen 8
(1)
Seseorang pemegang amanah boleh di bawah kuasa Akta ini melabur dalam apa-apa sekuriti yang dinyatakan atau disebut dalam seksyen 4, walaupun sekuriti itu boleh ditebus, dan harganya melebihi nilai tebusan itu.
(2)
Seseorang pemegang amanah boleh menyimpan sehingga ditebus apa-apa stok boleh tebus, wang, atau sekuriti yang mungkin telah dibeli mengikut kuasa Akta ini, atau mana-mana undang-undang bertulis yang diganti oleh Akta ini.