Seksyen 15
Kuasa mendeposit di bank dan membayar panggilan
ActIn forceProvision 15 of 69
Seksyen 15
(1)
Pemegang-pemegang amanah boleh, sementara menanti selesai perundingan dan penyediaan apa-apa gadaian, atau pada bila-bila masa lain sementara hendak mendapatkan pelaburan, membayar apa-apa wang amanah ke dalam bank secara deposit atau secara akaun lain dan segala bunga, jika ada, yang kena dibayar mengenainya hendaklah digunakan sebagai pendapatan.
(2)
Pemegang-pemegang amanah boleh menggunakan wang modal yang tertakluk kepada sesuatu amanah bagi membayar panggilan mana-mana saham yang tertakluk kepada amanah yang sama.