Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran

26A. Lesen untuk menjalankan kewajipan Inspektor atau untuk mengadakan perkhidmatan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh memberikan lesen kepada sesuatu syarikat yang dinamakan oleh Kerajaan Malaysia di bawah seksyen ini—

(a)

untuk melaksanakan mana-mana fungsi Inspektor; atau

(b)

untuk mengadakan perkhidmatan yang berhubung dengan pengujian, penentusahan, penandaan dengan cap, pengesahan atau perakuan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat bagi maksud Bahagian III.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan perkara-perkara yang berikut:

(a)

fungsi yang hendaklah dilaksanakan atau perkhidmatan yang hendaklah diadakan oleh syarikat berlesen itu;

(b)

standard prestasi yang hendaklah dipatuhi oleh syarikat berlesen itu;

(c)

tempoh lesen itu;

(d)

balasan yang kena dibayar oleh syarikat itu bagi pemberian lesen itu; dan

(e)

apa-apa perkara atau syarat lain yang difikirkan patut oleh

Menteri.

Timbang dan Sukat 29

Report