Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran

27. Section 27

Feedback & support
(1)

Ketua Inspektor hendaklah menjadi pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen untuk membuat, menjual atau membaiki timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat.

(2)

Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam lesen itu.

(3)

Ketua Inspektor boleh enggan mengeluarkan sesuatu lesen di bawah seksyen ini atau boleh memansuhkan mana-mana lesen yang

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

telah dikeluarkan atau menambah, mengubah atau membatalkan apa-apa syarat dalam sesuatu lesen.

(4)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Ketua Inspektor di bawah seksyen ini boleh dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan mengenai keputusan itu, merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.

(5)

Menteri boleh menetapkan bentuk lesen yang akan dikeluarkan di bawah seksyen ini dan buku atau rekod yang akan disimpan berhubung dengan lesen itu.

Report