Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran

26G. Penggantungan atau pembatalan lesen kerana melanggar syarat lesen

Feedback & support
(1)

Jika Ketua Inspektor berpuas hati bahawa syarikat berlesen melanggar, atau telah melanggar dan mungkin akan melanggar lagi, mana-mana syarat lesennya, Ketua Inspektor boleh memberikan notis secara bertulis kepada syarikat berlesen itu menghendakinya mematuhi syarat itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu.

(2)

Jika apabila habis tempoh masa yang ditetapkan dalam notis itu, syarikat berlesen itu tidak mematuhi syarat yang disebut dalam notis itu, Ketua Inspektor hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang ketidakpatuhan syarikat berlesen itu dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang difikirkan sesuai oleh Ketua Inspektor.

(3)

Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Inspektor,

Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu, atau pelanggaran yang dikhuatiri itu, bersifat serius atau menyentuh atau mungkin menyentuh kepentingan atau keselamatan awam dan bahawa syarikat berlesen itu enggan untuk mengambil atau telah tidak mengambil segala langkah yang didapati perlu oleh Menteri bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang berkenaan, Menteri boleh memberikan notis kepada syarikat berlesen itu yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantung atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesennya dan notis itu hendaklah juga—

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

(a)

menyatakan syarat lesen yang dilanggar oleh syarikat berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan

(b)

menentukan tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya syarikat berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Selepas habis tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh syarikat berlesen itu, Menteri hendaklah memutuskan sama ada untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.

(5)

Suatu notis hendaklah diberikan kepada syarikat berlesen itu oleh Menteri tentang keputusannya dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh notis itu disampaikan kepada syarikat itu.

(6)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.

Report